Pilihan Bahasa

Perkhidmatan Online

Tanyalah TTPM

SMS

Jurnal

Award Tribunal

  • Tribunal hendaklah, jika dapat dilaksanakan, membuat awardnya dalam masa enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan Tribunal.
  • Dalam pendengaran yang dijalankan, Tribunal boleh membuat satu daripada award yang berikut atau lebih :-

a)      supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain;

b)      supaya barang dibekalkan atau dibekalkan semula;

c)      supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki;

d)      supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar atau dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu;

e)      supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti;

f)        supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Pihak Yang Menuntut;

g)      supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya;

h)      supaya kos (tidak melebihi RM200.00) untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;

i)        supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award  kewangan pada kadar  tidak melebihi 8% setahun;

j)        bahawa tuntutan itu ditolak.