Pilihan Bahasa

Perkhidmatan Online

Tanyalah TTPM

SMS

Jurnal

Batasan Bidang Kuasa

  • Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :- 

a)  yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian; 

b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah; 

c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais; dan 

d) yang mengandungi pertikaian mengenai -

i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;

ii. nama baik (good will)

iii. apa-apa hak dalam tindakan;

iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain. 

e) apabila mana-mana Tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang- undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.

  • Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.