Pilihan Bahasa

Perkhidmatan Online

Tanyalah TTPM

SMS

Jurnal

Tatacara Pendengaran

  • Apabila suatu tuntutan difailkan di Tribunal, notis pendengaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dalam Borang 4 yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada Pihak Yang Menuntut dan Penentang sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran. 
     
  • Semasa pendengaran, Pihak Yang Menuntut dan Penentang tidak boleh diwakili oleh peguam dan hendaklah mengendalikan pendengaran secara sendiri. 
     
  • Jika Pihak Yang Menuntut seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya. 
     
  • Jika pihak Penentang adalah sebuah firma atau syarikat ianya boleh diwakili oleh seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa. 
     
  • Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal (digelar sebagai 'Presiden' semasa pendengaran) yang bersidang sendirian dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka. 
     
  • Semasa pendengaran, Tribunal hendaklah jika wajar, membantu  kedua-dua pihak untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan. 
     
  • Semasa pendengaran kedua-dua pihak berhak untuk  mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing. 
     
  • Semua pendengaran di hadapan Tribunal adalah terbuka kepada orang ramai